PERMATA DUNIA.

penjawat awam usah gopoh!!



Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhid­matan Awam (Cuepacs) menggesa kira-kira 1.4 juta penjawat awam supaya tidak gopoh menandatangani persetujuan untuk bertukar kepada Skim Sara­an Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang berkuat kuasa 1 Januari depan.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman menasihatkan penjawat awam supaya hanya membuat keputusan selepas kesatuan itu mengadakan Kongres Khas di Kuala Perlis bagi membincangkan perkara itu, 14 Disember ini.

“Kita memang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi kita tidak boleh buat keputusan kerana mahu mendengar semua pendapat penjawat awam termasuk semua wakil gred dalam perkhidmatan mengenai skim baru itu.

“Kita akan buat keputusan bersama. Kalau yang kurang di mana mahu tambah, kalau mahu kaji yang mana mahu dikaji semula,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden Cuepacs, di sini semalam.

Katanya, adalah penting bagi penjawat awam memahami dengan jelas skim tersebut sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan sebarang masalah selepas ini.

Berhubung tempoh untuk menandatangani opsyen berkenaan iaitu 15 hingga 31 Disember, Omar berkata ada penjawat awam menyatakan tempoh itu tidak mencukupi.

“Ini kerana ramai penjawat awam sedang bercuti dan disebabkan itu kita bimbang ramai tidak faham mengenai SBPA nanti,” katanya.

Ditanya sama ada penjawat awam akan berdepan masalah jika tidak menanda­tanganinya, Omar berkata, perkara itu tidak timbul kerana ia berdasarkan kepada persetujuan individu

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *