PERMATA DUNIA.

nenek 73 tahun edar dadah!!

IPOH – Seorang nenek berusia 73 tahun bersama anak lelakinya berusia 43 tahun ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Dalam satu serbuan 15 Disember lalu, dua beranak itu ditahan dan polis merampas 3.64 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM500,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Ampang Baru, New Village.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, dadah berkenaan dibungkus semula dalam paket kecil bagi memudahkan suspek menjual secara kecil-kecilan untuk pasaran tempatan.

“Dadah yang diterima seperti bungkusan hadiah kemudian dipaket kecil antara 23 hingga 24 gram bagi memudahkan penjualan juga dipercayai sebagai transit ke tempat lain seperti Kuala Lumpur.

“Antara yang dirampas ialah wang tunai berjumlah RM110,000, sebuah kereta, jam tangan jenama Rolex dan wang dalam akaun berjumlah RM95,000. Keseluruhan nilai harta yang disita dianggar RM237,000,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, semalam.

Mohd shukri berkata, lelaki berkenaan direman sehingga 22 Disember ini untuk membantu siasatan manakala, ibunya dilepaskan dengan ikat jamin polis.

“Suspek yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah dan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

“Aktiviti pengedaran yang telah aktif tiga bulan lalu itu akan diteruskan siasatan bagi mengenal pasti sindiket yang lain,” katanya.

sumber

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *