jasin: keadaan sunyi dan gelap di kawasan medan ikan bakar terapung umbai,dekat sini,sejak beberapa tahun lalu menyebabkan kawasan itu disalahgunakan pasangan untuk melakukan maksiat.kawasan berkenaan hanya di terangi cahaya dari beberapa kedai ikan bakar dan kedai kraftangan di dalam kawasan medan ikan bakar terbabit.peniaga abdul malik mendakwa dia dan peniaga di kawasan itu kerap terserempak kelibat beberapa pasangan masuk ke kawasan di situ tidak kira siang atau malam."medan ikan bakar ini dibuka pada 2004 yang menghimpunkan lebih 20 pengusaha dari umbai dengan rekabentuk bangunan yang lebih selesa untuk pengunjung.namun beberapa tahun kebelakangan ini keadaan mula berubah dan seakan suram serta semakin kurang dikunjungi pelancong".abdul malik berkata keadaan itu begitu sunyi pada waktu siang dan pada malam hari pula,keriuhan hanya pada beberapa kedai ikan bakar dan kraftangan.ketika ini tidak lebih lima gerai ikan bakar dan beberapa kedai kraftangan sahaja yang masih beroperasi di situ.disebabkan itu ada pasangan datang ke kawasan ini kerana menganggap tempat ia 'selamat'kepada mereka melakukan maksiat sehingga tidak berasa malu berbuat begitu pada siang haritinjaun di kawasan pentadbiran majlis perbandaran jasin itu juga mendapati terdapat beberapa laluan yang boleh dikategorikan sebagai 'laluan asmara' di sekitar kawasan yang menghubungkan medan ikan bakar dengan sebuah menara tinjau dan beberapa pondok riadah yang terletak berhampiran.kawasan medan ikan bakar ini terletak jauh ke dalam dan ditambah pula dengan keadaannya yang sunyi serta gelap khususnya di kawasan tempat letak kereta yang mungkin menyebabkan pengunjung kurang selesa untuk menikmati hidangan di situ.
lredit:metro