PERMATA DUNIA.

cara merawat penyakit kanser

Kos merawat penyakit kanser yang dianggarkan di antara RM40,000 hingga RM300,000 boleh dikurangkan dengan penggunaan meluas ekstrak herba seperti misai kucing dan kemunting cina.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, kedua-dua tumbuhan herba itu dikenal pasti dapat membantu merawat kanser hasil kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Malah katanya, kajian tersebut yang bermula sejak 2007 dibuat melalui pembiayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah Projek Satelit Bioteknologi bernilai RM1 juta memberikan penawar kanser pada kos jauh lebih rendah.

"Ini penting kerana kos rawatan yang tinggi sekarang menjadi punca ramai pesakit berputus asa dan tidak bersemangat meneruskan hidup," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan peralatan memproses kajian lanjutan herba perubatan di Stesen Penyelidikan Agrotekteknologi Kampus UniMAP Sungai Chuchoh dekat sini semalam.

Menurutnya, proses rawatan kanser dengan kos yang lebih rendah ini memberi makna yang besar memandangkan jumlah pesakit baharu kanser bertambah 40,000 orang setiap tahun.

Katanya, Majlis Kanser Nasional (Makna) mendapati 80 peratus daripada pesakit membabitkan kanser payu dara diikuti prostat, kanser tulang dan kanser darah.

Katanya, ramalan Kesatuan Antarabangsa Menentang Kanser (UICC) pula menyebut menjelang tahun 2020, kanser akan muncul sebagai pembunuh nombor satu di dunia, menggantikan penyakit jantung.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, dalam menjayakan projek berkenaan, pihak universiti itu mendapatkan benih tumbuhan misai kucing dari Jabatan Hutan dan MARDI (Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian) sementara kemunting cina diperoleh dari seluruh negara.

Katanya, kajian itu diharap memberi harapan baharu kepada para pesakit kanser yang terpaksa bertarung dengan kesakitan di samping menanggung kos rawatan yang terlalu tinggi.

kredit:kosmo

3 comments:

  1. pokok misai kucing dekat rumah saya ada jugak

    ReplyDelete
  2. berguna tu satu hari nanti.. :)

    ReplyDelete
  3. jom try 4life product.. siapa tahu.. mungkin ia serasi dgn anda...

    ReplyDelete

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *