PERMATA DUNIA.

Banjir di Pahang semakin buruk.

Hampir 3,000 mangsa dari lebih 700 keluarga di Kuantan dan Rompin dipindahkan ke pusat pemindahan.

Kuantan sahaja mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu lebih 2,600 mangsa.

Semua mangsa sekitar Kuantan diarahkan berpindah ke 17 pusat pemindahan selepas air di Sungai Belat, dekat Sri Damai mencatat paras 4.37 meter menghampiri paras bahaya 5 meter.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri ketika dihubungi berkata, 21 buah kampung sekitar Kuantan dinaiki air sedalam 0.5 hingga 2 meter.

Antaranya, Kampung Seri Damai, Jaya Gading, Kampung Charu, Peramu, Kampung Pandan, Sungai Belat, Teluk Mahang, Sungai Puteri, Perumahan Indera Sempurna Fasa 3, Kampung Tiram, Kampung Jawa, Kampung Tengah dan Sungai Isap.

Turut terjejas teruk, daerah Rompin.

Seramai 480 mangsa daripada 114 keluarga yang menetap di 6 kampung kini berada di pusat pemindahan.

Semua mangsa ditempatkan di 4 pusat pemindahan.

Sementara itu, Jabatan Meterologi memaklumkan, cuaca cerah sekitar Kuantan dan Rompin hari ini.

Bagaimanapun cuaca daerah Lipis dijangka hujan secara sederhana hingga tengah malam.

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *