PERMATA DUNIA.

Ibu lumpuh maut dikelar anak


zaman sekarang macam-macam boleh berlaku,seorang insan yang bergelar ibu maut apbila dikelar oleh anaknya sendiri..masyallah...kejadian ini berlaku apabila Seorang lelaki kurang siuman menikam dan mengelar leher ibu kandungnya hingga mati sebelum cuba membunuh diri di rumah mereka di Bukit Serdang di sini, pagi semalam.

Kejadian disedari jam 10.45 pagi, apabila seorang kakak suspek tiba di kediaman itu melihat ibunya yang berusia 75 tahun, berlumuran darah atas tilam di ruang tamu rumah tiga tingkat terbabit.
Pada masa sama, kakak suspek turut melihat adik lelakinya yang berusia 35 tahun mengelar lehernya sendiri hingga cedera parah sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang di sini, untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias, berkata mangsa yang lumpuh akibat sakit tua, mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk manakala suspek dilaporkan kritikal.

“Pemeriksaan polis di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang kesan pergelutan berlaku. Polis percaya suspek menikam dan mengelar leher ibunya di ruang tamu rumah itu sebelum cuba membunuh diri.

“Suspek yang juga anak keenam daripada lapan beradik mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan mengalami sakit mental, malah pada September lalu polis dimaklumkan suspek pernah cuba membunuh diri sebelum diselamatkan adik beradiknya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Abdul Razak berkata, turut ditemui sebilah pisau yang digunakan suspek di ruang tamu kediaman itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengambil keterangan ahli keluarga mangsa yang lain.
Beliau berkata, mengikut keterangan kakak suspek, ibunya yang lumpuh sejak lima tahun lalu dijaga oleh suspek di rumah itu kerana lelaki terbabit tidak bekerja.

“Tujuh adik beradik yang lain akan datang ke rumah berkenaan setiap hari untuk melihat keadaan ibunya,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

kredit:BHO

1 comment:

  1. apa dah jadi dengan dunia . macam2 hal luar fikiran banyak terjadi.

    www.pengeRindu.com

    ReplyDelete

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *