PERMATA DUNIA.

kenapa langit berwarna biru

Pernah anda terfikir kenapa langit itu berwarna biru? Kenapa tidak kuning, hitam, hijau atau sebagainya? Sungguh unik alam ini diciptakan bukan?


Sebenarnya, cahaya merupakan salah satu bentuk tenaga. Cahaya matahari yang dipancarkan itu kelihatannya putih tetapi sebenarnya ia merupakan gabungan warna-warna lain seperti merah, jingga, kuning, hijau, biru dan violet. Korang boleh memerhatikannya pada kejadian pelangi yang mana ia mengandungi kesemua warna-warna ini.
Langit yang kita pandang setiap hari itu mengandungi udara. Dan udara itu sendirinya mengandungi beberapa jenis molekul gas, serta beberapa lagi campuran habuk dan sebagainya. Cahaya matahari yang dipancarkan ke udara di langit akan mengena kepada molekul-molekul gas itu tadi dan seterusnya akan memantulkan cahayanya kepada beberapa arah.
Sesetengah warna seperi jingga dan kuning akan bergerak terus sahaja, manakala warna biru pula akan memantul ke semua arah. Dengan ini, cahaya warna biru akan bertebar ke seluruh ruang udara di langit. Jadi, bila anda melihat ke atas langit, cahaya-cahaya biru ini akan sampai ke mata anda dan langit akan kelihatan berwarna biru.
Lain pula ceritanya di angkasa lepas. Seperti mana yang kita semua telah ketahui bahawa di angkasa lepas merupakan ruang yang tidak mempunyai udara. Jadi, cahaya matahari yang dipancarkan tidak akan memantulkan cahayanya yang lazimnya akan dipantulkan melalui molekul-molekul gas. Tiada satu cahaya pun yang akan bertebar di ruang angkasa hasil daripada proses pemantulan. Maka itulah ruang angkasa kelihatan gelap dan hitam.
Indah, unik dan hebat kan kuasa Tuhan? Kita sebagai manusia yang amat beruntung ini seharusnya mengambil semua ini sebagai motivasi untuk kita jadi lebih hebat lagi, lebih kreatif kita mencari, kita merungkai segala rahsia-rahsia alam.

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *