PERMATA DUNIA.

Kontroversi AIM18 berterusan


ANUGERAH Industri Muzik tahun ini (AIM18) sejak awal pelancarannya sudah terpalit pelbagai kontroversi. Bermula dengan pengumuman penghapusan kategori album terbaik mengikut genre muzik, pengumuman senarai pencalonan dalam satu sidang media pada Selasa lalu berlangsung dalam suasana tegang.

Banyak pindaan pemilihan dan syarat pencalonan dalam AIM18 dilakukan sehingga ia kurang disenangi pemerhati muzik tanah air. Kekeliruan paling nyata, apabila soal kewarganegaraan antara perkara yang menjadi isu panas.

Secara mutlaknya, AIM18 menetapkan, setiap album haruslah sekurang-kurangnya 60 peratus dihasilkan oleh anak Malaysia, dihasilkan di Malaysia, dan juga berbahasa Melayu. Untuk single pula, ia mesti 100 peratus digubah oleh komposer tempatan dan juga di bawah label tempatan.

Ini bermakna, jika seseorang artis Malaysia itu menyanyi atau menggubah lagu dengan sendiri, tetapi bernaung dengan label luar negara, secara automatik penyanyi itu tidak layak bertanding. Hanya calon atau artis yang bernaung di bawah label Malaysia dan berdaftar dengan Persatuan Industri Rakaman Malaysia sahaja yang layak bertanding.

Itu yang berlaku kepada Zee Avi dan kumpulan Hujan. Biarpun penyanyi dari Malaysia, Zee Avi tidak layak bertanding kerana albumnya diterbitkan oleh label luar negara manakala Hujan terkandas gara-gara salah seorang anggotanya, juga komposer yang menghasilkan lagu-lagu dalam album Hujan, Hang Dimas merupakan warga Indonesia. Di sebalik kegagalan Zee Avi dan Hujan membolosi AIM, ada nama-nama yang bukan warga Malaysia turut tercalon, sedangkan ada artis Malaysia yang dirasakan lebih layak tidak terpilih. Itulah yang dipersoalkan.



.


"Artis atau tenaga kerja luar negara masih layak bertanding seandainya mereka bernaung di bawah label tempatan. Sebaliknya, jika seseorang artis Malaysia itu menyanyikan lagu komposer Malaysia, tetapi bernaung di bawah label luar negara, dia masih tidak layak," jelas wakil Persatuan Industri Muzik Malaysia (Paimm) yang bertanggungjawab menghakimi pencalonan AIM18.

Setiap persoalan ada penjelasan namun suara-suara tidak puas hati terhadap AIM18 masih kedengaran. Pihak artis sendiri merasakan sesuatu yang kabur sedang dihadapi apabila Hujan sendiri dinafikan hak pencalonan mereka dalam beberapa kategori individu dan teknikal.

Penyanyi senior, Sheila Majid yang menerima empat pencalonan berharap agar kriteria pertandingan AIM dikemaskinikan dan penganjur harus mencari jalan penyelesaian secara rasional dalam soal syarat yang dikenakan untuk setiap penyertaan.

"Memang banyak bahagian yang kabur terkandung dalam syarat-syarat penyertaan untuk AIM. Ia sering berubah-ubah dan setiap tahun, masalah yang sama dibangkitkan. Soalan yang sama diulang-ulang dan masih terus ditagih penjelasan.

"Bagi saya RIM selaku penganjur harus duduk berbincang dan mengenal pasti setiap isu tersebut selain memberikan definisi yang terbaik untuk setiap kriteria dan mencari rasional di sebalik keputusan dibuat agar industri muzik dapat terus berkembang," tegas Sheila yang tercalon hasil album rakaman konsertnya, The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid.

Buat pertama kali dalam sejarah penganjurannya, AIM kali ini bersifat telus dalam soal penghakiman apabila senarai nama panel juri yang diketuai oleh Pengarah Muzik, Datuk Ramli MS diumumkan kepada khalayak. Seramai 83 penggerak industri muzik tempatan termasuklah wakil stesen radio dan televisyen serta wakil media terlibat menghakimi 811 pencalonan.

sponser by

sponser by
online shopping center

TABUNG PERMATA

get your domain&hosting

Total Pageviews

Blog Archive

Popular Posts

Contact Us

Name

Email *

Message *